Thursday 22 June 2017

HOT !!! SAIFUDDIN GANTI FAUZI TANDING KERUSI INDERA MAHKOTA PRU-14


KUANTAN: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dijangka mengambil alih tempat Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Menurut sumber, Saifuddin dilihat calon yang sesuai untuk dibawa masuk ke parlimen dan kerusi selesa untuk laluan tersebut ialah Indera Mahkota. Saifuddin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2015.

Pada PRU-13 lalu, Fauzi menang kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan majoriti 7,523 mengalahkan calon BN Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Berdasarkan senario tersebut, maka ia dijangka memberi laluan selesa kepada Saifuddin untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota kepada Pakatan Harapan (PH).

Persoalannya sekarang, jika Saifuddin bertanding di kerusi itu ke mana pula haluan Fauzi?. Khabar angin mengatakan beliau akan berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persediaan menjadi Menteri Besar Pahang sekiranya Pakatan Harapan menang di negeri ini. 

Kerusi DUN pilihan ialah Sungai Lembing, Lepar atau pun Panching di dalam Parlimen Paya Besar. Apa pun, kekuatan pengaruh Saifuddin mungkin terbatas kali ini kerana seterus kuat Pakatan Rakyat (PR) pada PRU lalu iaitu PAS kini tidak bersama lagi dengan mereka. 

Apakah PKR berjaya kekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota, sama-sama kita nantikan kemeriahan pertembungan tiga penjuru antara PKR-BN dan kemungkinan besar "PAS" pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini tidak lama lagi.

Sumber oleh : PDONews

INI BARU NAMANYA LIKE FATHER, LIKE SON..




Kelmarin, bapanya menerima tamparan hebat setelah bertungkus lumus dan bekerjasama dengan pihak asing, termasuklah DOJ Amerika Syarikat yang cukup terkenal kerana telah menjahanamkan beberapa buah negara Islam dengan tuduhan-tuduhan palsu demi menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Biarpun berselindung di sebalik Pilihanraya Umum, hakikatnya pembayaran yang dibuat, yang didedahkan oleh blogger RPK yang kemudian dibuat laporan polis oleh Syed Saddiq bagi menyelamatkan dirinya daripada dimarahi dan disingkirkan oleh Mahathir sepertimana yang pernah berlaku kepada Kadir Jasin dan seorang blogger totok Mahathir setelah RPK mendedahkan, Syed Saddiq membocorkan rahsia tentang pembayaran RM50 juta kepada pihak asing termasuklah DOJ, hakikatnya menjemput kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal Malaysia merupakan sesuatu yang bersifat sangat keji.

Semuanya kerana mahu mempertahankan legasi, kroni, proksi dan kes-kes sapu bawah karpet yang dahulunya tersembunyi dan disembunyikan oleh para penyokong, tetapi ledakan maklumat terutama sekali membabitkan media sosial, tidak mampu lagi membantu kuasa kuku besi yang menjadi amalan resmi Mahathir.

Selain penjelasan oleh DOJ bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bukti berhubung isu 1MDB yang dihebohkan serta kaitan dengan nama-nama yang disebutkan, bahkan DOJ turut mengakui bahawa mereka menfailkan saman sivil di mahkamah hanya berdasarkan aduan awam, perkara yang paling merisaukan Mahathir iaitu kerugian berpuluh bilion ringgit (dilaporkan cuma RM10.1 bilion dan seandainya ditukarkan kepada nilai sekarang adalah lebih RM30 bilion) akibat urusniaga masa hadapan Forex membabitkan Bank Negara, kini memasuki fasa baru.

Kabinet akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian berkenaan.

Selama ini, yang menjadi tukang kecoh tentang kerugian tersebut hanyalah Lim Kit Siang, DAP dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sememangnya menggunakan isu Forex itu untuk membersihkan namanya selain untuk menjadikan diri sebagai hero pada pandangan orang ramai. Manakala Mahathir pula selain menolak untuk sebarang siasatan ke atas urusniaga tersebut, turut menolak untuk memberikan penjelasan.

Siasatan Suruhanjaya Diraja pastinya akan membongkar segala-galanya. Mahathir tidak lagi boleh menggunakan alasan yang paling kerap digunakannya, 'SAYA TIDAK INGAT' kerana pembuktian dan dokumen yang digunakan lebih terpakai berbanding keterangan mahupun aduan awam, termasuklah SD yang pernah dibuat oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara.


Itu cerita bapa...sekarang cerita anak pula.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki menyatakan SPRM akan menyiasat berhubung pemberian kontrak pembekalan optik fiber antara Telekom Berhad dengan syarikat yang dimiliki oleh Mukhriz Mahathir.

Siasatan dibuat selepas aduan daripada beberapa pihak termasuklah daripada Exco Armada Parti Cap Bunga sendiri diterima SPRM dan mendakwa terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa dalam proses tender berkenaan. Menurut Azam Baki, sekiranya terdapat elemen-elemen penyalahgunaan kuasa dan korupsi, SPRM akan menyiasat.

Mukhriz adalah anak lelaki Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri pada waktu itu apabila urusniaga pembekalan optik fiber yang dipersoalkan itu diberikan kepada syarikat miliknya.

Sumber oleh : The Saviour

Wednesday 9 March 2016

ANNUAR MUSA TELLING THE TRUTH...


Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya. (The Machiavellian)
Annuar berkata bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.
“Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya,” kata Annuar ketika menjadi tetamu program ‘Soal Jawab’ di TV3, Sri Pentas, hari ini.
Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.
“Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi Mahathir tidak suka caranya.
“Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li,” katanya.
Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.
Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden UMNO dengan menyingkirkan Ghafar.
“Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar,” katanya.
Annuar berkata Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.
“Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan. Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.
“Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari UMNO sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz,” dakwanya.

Annuar berkata apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda peribadi.
sumber : mykmunet

Monday 7 March 2016

HOT !!! TM THE MACHIAVELLIAN...



KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan kini jelas menggunakan platform ‘Deklarasi Mahathir’ untuk membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara kerana kesalahan meliwat.
Agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi asal yang ditandatangani dan diumumkan Jumaat lepas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu akan menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia pada 2 April ini.
“Pakatan Harapan hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama agenda reformasi yang lain,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Jumaat lepas, bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang menandatangani deklarasi itu, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.
Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Dr Wan Azizah juga mendakwa Dr Mahathir sebenarnya memerlukan sokongan pembangkang dalam membawa agenda menyingkirkan Najib berbanding persepsi bahawa pembangkang menumpang pengaruh bekas perdana menteri itu.
“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami,” katanya. – BERNAMA

Wednesday 2 March 2016

HOT !!! SENARIO 7 TAHUN AWAL REGIM TUN M JIKA DIBANDING DGN DSN

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI 7 TAHUN MULA YANG PALING BURUK DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA MALAYSIA???


Rakyat Malaysia begitu dibayangi dgn momentum kejayaan secara kolektif 22 tahun pentadbiran Tun M... momentum ini kemudiannya diambil dan dijadikan bench mark untuk dibuat perbandingan dengan keadaan semasa, iaitu senario 2015-2016... samada yg membuat perbandingan ini cetek ilmu pengetahuannya, atau, lebih kpd bertujuan berniat jahat bagi menggambarkan kelemahan yg cuba nak diada-adakan...

Apa kata untuk kali ini, kita sebagai rakyat Malaysia bersikap bijak dan adil dlm membuat perbandingan... letakkan satu 'bench mark' yg lebih kukuh dan spesifik, sebagai contoh... perbandingan 7 tahun awal antara kepimpinan Tun M (1981-1988) dan kepimpinan Najib (2008-2015)...

TUN MAHATHIR...


  • Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama beliau berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran kita...
  • Mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia...
  • Menggandakan hutang kita atas tahap 100% nisbah Hutang kepada KDNK...
  • Menggandakan hutang luar negera kita, lebih dari dua kali ganda kadar pengangguran, menjunam negara kita ke dalam kemelesetan...
  • Menyalahgunakan Maminco dan memusnahkan industri bijih timah - industri eksport utama kita...
  • Salah urus kejadian tragis Memali yang mengakibatkan kematian 18 orang awam dan pegawai polis...
  • Memaksa peletakan jawatan Timbalan PM beliau, Menteri Kewangan, memecat 3 Menteri kabinet lain dan 4 Timbalan Menteri semasa bulan Ramadhan...
  • Memusnahkan sistem kehakiman...
  • Menipu berbilion-bilion pemilikan Bumiputera dalam KWSP melalui Makuwasa...
  • Membenarkan BMF lingkup dengan RM2.5 bilion hutang...
  • Hampir membenarkan rusuhan kaum besar-besaran sebelum mencampak lebih daripada 100 orang ke dalam penjara di bawah ISA melalui Ops Lalang...


  • Menutup 4 akhbar utama termasuk Sin Chew, Watan dan The Star...
  • Memecahkan UMNO pada dua bahagian dan menyebabkan ia diisytiharkan haram.



Dan pada masa itu, bukan satu tetapi DUA bekas PM - Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn, Timbalan PM dan Menteri Kewangan beliau berkata dia tidak berguna.

YAB DATUK SERI MOHD NAJIB


  • 7 tahun pertama kepimpinan Najib... tak perlu cakap byk dan angkuh, pemberian BR1M yg dilaksanakan oleh Najib membuktikan betapa prihatinnya Najib kepada semua golongan rakyat.. drpd berpendapatan rendah, sederhana rendah hingga seterusnya...
  • Yg lain2 tu, rakyat ada mata, telinga dan akal... manfaat lah kurniaan Allah ini sebaik mungkin...


Jadi, bagaimana Tun Mahathir mahu membandingkan serta boleh berkata 7 tahun pertama Najib adalah tidak bagus dan mahu menyelamatkan UMNO serta menyelamatkan Malaysia?

Jawapan standard yg sering diberikan... "zaman Tun M tak sesusah sekarang..." kenapa??? Kerana realitinya, rakyat ketika itu mmg hidup susah dan semacam sudah mangli dgn kepayahan...


Dipetik daripada : Muhammad Ariff Bin Ahmad

Thursday 14 January 2016

PEMBANGKANG TERIMA TPPA



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang dilihat lebih bersifat terbuka dan menerima secara perlahan-lahan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan pihaknya menerima banyak reaksi positif berikutan taklimat dan bengkel yang dianjurkan.
“Kita lihat mereka gembira selepas selesai sesi mendengar penjelasan mengenai TPP. Ada yang berjumpa saya dan berkata bengkel penerangan TPP ini adalah sesuatu yang baik kepada ahli-ahli Parlimen.
“Ini satu reaksi yang baik dan menunjukkan mereka gembira dengan penjelasan yang dibuat,” katanya dalam sidang media Taklimat dan Bengkel TPPA bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Menara MITI.
Menurutnya, beliau telah menjawab semua soalan yang ditujukan oleh ahli-ahli parlimen terutama pihak pembangkang berkaitan pelaksanaan TPPA.
Jelasnya, penjelasan itu penting bagi menepis semua dakwaan negatif sekiranya kerajaan menandatangani TPPA.
“Kita dah berjaya beri penerangan. Soal sokong atau tidak itu kita tunggu di Parlimen.
“Apa yang penting kita telah beri penjelasan dan menjawab semua soalan yang diajukan mengenai TPP,” jelasnya.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan mereka akan mengedarkan buku ringkasan terjemahan Bahasa Malaysia draf Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam usaha untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada rakyat.
Menterinya berpendapat‎ langkah berkenaan diambil untuk meningkatkan pemahaman rakyat berkenaan TPPA di samping menyalurkan maklumat yang lebih seimbang.

HOT !!! SUSULAN JAKARTA DIBOM, PDRM TINGKAT LANGKAH BERJAGA TAHAP TERTINGGI



KUALA LUMPUR – Susulan serangan maut oleh anggota pengganas di Paris, Perancis diikuti letupan berdarah di Istanbul, Turki dan terbaharu tindakan nekad pengebom berani mati di ibu kota Indonesia, Jakarta pagi Khamis.
Mahu tidak mahu keadaan tersebut telah membuatkan ada kalangan netizen menerusi media sosial tempatan pada Khamis yang berasa seolah-olah ancaman terorisme itu semakin hari semakin hampir dengan bumi Malaysia.
Selama ini sekalipun pelbagai insiden berdarah berlaku di serata dunia khasnya negara jiran kita, Thailand yang turut dibom pengganas tahun lalu, suasana Malaysia pula sebaliknya terus lagi masih dalam keadaan selamat.
Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil sikap sambil lewa apatah lagi ekoran insiden terbaharu di Jakarta yang dilaporkan pihak perisikan Indonesia sendiri sebenarnya sudah dapat memo ancaman lebih awal.

Seramai tujuh orang terbunuh dalam insiden serangan nekad itu berdekatan dengan kompleks beli belah terkenal Sarinah di Jalan MH Thamrin No.9 di Jakarta Pusat yang cukup popular dalam kalangan pelancong Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan petang Khamis berkata, pihak PDRM telah pun meningkatkan langkah berjaga-jaga tahap tertinggi berikutan kejadian malang di Jakarta pada pagi Khamis itu.
Ujar beliau, pelbagai langkah keselamatan akan dipertingkatkan di kawasan beli belah dan tarikan pelancong asing malah langkah ketat akan diambil untuk cegah kemungkinan penyusupan elemen penganas di sempadan negara.
Mereka yang disyaki ada kaitan dengan pengganas akan dipantau rapi bahkan Khalid memberitahu, ia sudah lama diambil berikutan beberapa kejadian melibatkan pengganas di seluruh dunia beberapa bulan kebelakangan ini.
Ini termasuk penahanan lebih 150 suspek sejak dua tahun lalu yang dipercayai ada kaitan rapat dengan kumpulan ekstremis Daesh dan ada dikesan merancang untuk mengebom beberapa kawasan sensitif di Kuala Lumpur.
Portal berita tempatan, AgendaDaily melaporkan, pihak PDRM telah pun meningkatkan tahap berjaga-jaga untuk mengelakkan insiden buruk sedemikian daripada menimpa negara ini pula. 


GetThis! ..