Thursday 14 January 2016

HOT !!! SUSULAN JAKARTA DIBOM, PDRM TINGKAT LANGKAH BERJAGA TAHAP TERTINGGI



KUALA LUMPUR – Susulan serangan maut oleh anggota pengganas di Paris, Perancis diikuti letupan berdarah di Istanbul, Turki dan terbaharu tindakan nekad pengebom berani mati di ibu kota Indonesia, Jakarta pagi Khamis.
Mahu tidak mahu keadaan tersebut telah membuatkan ada kalangan netizen menerusi media sosial tempatan pada Khamis yang berasa seolah-olah ancaman terorisme itu semakin hari semakin hampir dengan bumi Malaysia.
Selama ini sekalipun pelbagai insiden berdarah berlaku di serata dunia khasnya negara jiran kita, Thailand yang turut dibom pengganas tahun lalu, suasana Malaysia pula sebaliknya terus lagi masih dalam keadaan selamat.
Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil sikap sambil lewa apatah lagi ekoran insiden terbaharu di Jakarta yang dilaporkan pihak perisikan Indonesia sendiri sebenarnya sudah dapat memo ancaman lebih awal.

Seramai tujuh orang terbunuh dalam insiden serangan nekad itu berdekatan dengan kompleks beli belah terkenal Sarinah di Jalan MH Thamrin No.9 di Jakarta Pusat yang cukup popular dalam kalangan pelancong Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan petang Khamis berkata, pihak PDRM telah pun meningkatkan langkah berjaga-jaga tahap tertinggi berikutan kejadian malang di Jakarta pada pagi Khamis itu.
Ujar beliau, pelbagai langkah keselamatan akan dipertingkatkan di kawasan beli belah dan tarikan pelancong asing malah langkah ketat akan diambil untuk cegah kemungkinan penyusupan elemen penganas di sempadan negara.
Mereka yang disyaki ada kaitan dengan pengganas akan dipantau rapi bahkan Khalid memberitahu, ia sudah lama diambil berikutan beberapa kejadian melibatkan pengganas di seluruh dunia beberapa bulan kebelakangan ini.
Ini termasuk penahanan lebih 150 suspek sejak dua tahun lalu yang dipercayai ada kaitan rapat dengan kumpulan ekstremis Daesh dan ada dikesan merancang untuk mengebom beberapa kawasan sensitif di Kuala Lumpur.
Portal berita tempatan, AgendaDaily melaporkan, pihak PDRM telah pun meningkatkan tahap berjaga-jaga untuk mengelakkan insiden buruk sedemikian daripada menimpa negara ini pula. 


No comments:

Post a Comment

GetThis! ..