Kajang: Bakal saksi pertembungan dua ' iron ladies '
PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun penjara ke atasnya.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.
Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.

Pada proses penamaan calon baru-baru ini, penyokong PR merentangkan banner dan banting bertulis:
"Kak Wan, lapkan air mata, teruskan perjuangan".
Mereka turut mengibarkan banting bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim', 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dengan gambar beliau bersongkok.
Gambar Wan Azizah turut dikibarkan bersama-sama. Mereka juga mengibarkan poster "Rakyat Hakim Negara".

Kata-kata itu, diungkap sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat Baru-baru ini. Sungguh hebat permainan emosi yang dijadikan senjata utama puak PR bagi memancing undi simpati.
Berikut beberapa gambar senario sekitar proses penamaan calon #PRKKajang pada 11 Mac 2014 yang lalu :-
No comments:
Post a Comment