Tuesday, 15 April 2014

DAP SAH TOLAK HUDUD !!! TAMPARAN HEBAT BUAT PAS...










Apa lagi PAS mahukan dalam Pakatan Pembangkang kerana kini PAS secara berseorangan memperjuangkan hukum hudud selepas DAP sebulat suara menolak permohonan PAS dalam menyokong membentangkan rang Undang-Undang Hudud di Parlimen.

Demikian juga PKR di mana yang diperjelaskan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa PKR seperti DAP menolak pelaksanaan hukum hudud.

Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen BN bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Kerajaan PAS Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian PAS untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum Pakatan Pembangkang wujud.


PAS Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Untuk memastikan hukum hudud yang diperjuangkan PAS itu dapat dilaksanakan, PAS memerlukan sokongan majoriti 222 Ahli Parlimen yang pastinya mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen BN.

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..