Monday, 14 April 2014

REFORMASI 2.0 : SAMBUTAN HAMBAR DI TAMAN BERJAYA PERMAI, KEMPADANG KUANTAN





KUANTAN - Setelah mendapat arahan beberapa kali bagi pertukaran lokasi, akhirnya Program Reformasi 2.0 (Propaganda Anwar & Co. ) telah diadakan juga di Padang Taman Berjaya Permai, Kempadang, Tg Lumpur, Kuantan pada 12 April 2014 ( Sabtu ) yang lalu. Begitulah sikap pembangkang yang sentiasa memanipulasikan keadaan dengan menyatakan kerajaan takut untuk beri kawasan bagi program mereka. Tanpa permit dan kelulusan pun mereka tetap adakan acara propaganda mirip Hitler tersebut.



Seramai 12 penceramah yang telah tampil di atas pentas dan dipengerusikan oleh Sdr Wan Fauzuldin (Wfauzdin  NS), Blogger dan DJ Radio KOBAT FM. Antara yang memberi ucapan ialah  Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang),  Zukri Aksah (Penganalisa dan penulis politik) dan juga  Kamarul Hatta (Bung Hatta) bersama anak-anak muda.  Kumpulan ini mewakili suara reformis.  Pimpinan lain yang tampil adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung, Adun Beserah (PAS) YB Andansura Rabu, Adun Mentakab (DAP) YB Tengku Zulpuri, YB Fuziah Salleh (Naib Presiden/MP Kuantan), YB Tian Chua (Naib Presiden/MP Batu) YB Rafizi Ramli (MP Pandan/Pengarah Strategi KEADILAN), YB Nurul Izzah (Naib Presiden/MP Lembah Pantai), Sdr Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN) dan Sdr Chegu Bard (Penyelaras SAMM).




Diangggarkan jumlah kehadiran pada program tersebut lebih kurang 3,000 orang yang memenuhi ruang di padang berkenaan. Namun mengikut blog juak-juak PR ni jumlah yang hadir seramai 8000 orang... ( "kita tengok saiz padang pun dah tahu berapa ramai je yang muat kalau padang tu penuh" kata seorang rakan yang merupakan penduduk di perumahan tersebut.) Namun seperti program-program beliau yang lain, lebih ramai orang luar yang hadir berbanding penduduk setempat.

Di penghujung program, barulah Hitler Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim tampil di pentas selama lebih kurang 45 minit membawa kembali kisah perjuangan reformasi di negara ini.  Beliau seperti biasa kononnya melahirkan rasa simpati di atas tragedi Pesawat MH370 yang sehingga kini masih menemui jalan buntu.  Beliau turut mengutuk cara kerajaan menangani isu tersebut dengan cara mengheret beliau kononnya beliau memburukkan imej negara di mata dunia luar.  Beliau begitu yakin bahawa rakyat sudah cerdik dan tidak lagi terpedaya dengan propaganda media-media di bawah kawalan Umno/Bn.  

( p/s : Sebenarnya beliau la kaki PROPA !!! )





No comments:

Post a Comment

GetThis! ..