Kali ini SL ingin berkongsi sedikit fakta mengenai Virus yang cukup digeruni pada ketika ini. Virus dinamakan Middle East Respiratory Syndrome (MERS). Virus MERS amat digeruni di masa sekarang. Punca penyebaran virus tersebut masih lagi belum dikenalpasti sehingga kini kerana ianya masih dalam proses kajian. Malah lebih teruk, belum ada penawar bagi mengubati pesakit yang diserang oleh virus MERS ini.
Kes pertama pesakit yang dilaporkan menghidapi Middle East Respiratory Syndrome (MERS) atau Sindrom Paru-paru Asia Barat adalah pada Julai 2012 di Arab Saudi.
Virus MERS
Punca serangan MERS : Punca Sindrom Paru-paru Asia Barat
Ia disebabkan oleh jangkitan virus dikenali sebagai Coronavirus. Oleh itu ia dikenali sebagai MERS-CoV. Jangkitan ini tidak sama dengan jangkitan SARS yang berlaku pada 2003, tetapi kesan pada paru-paru manusia hampir sama. Punca virus Coronavirus belum diketahui, tetapi ia berkemungkinan besar berpunca daripada haiwan. Ada beberapa teori mengatakan virus ini berpunca daripada kelawar di Mesir. Namun, beberapa kajian yang turut dijalankan menunjukkan punca virus ini daripada unta.
Cara virus MERS merebak : Cara Sindrom Paru-paru Asia Barat merebak
Cara kuman ini merebak ke manusia juga masih menjadi tanda tanya. Kebarangkalian kuman ini dipindahkan dari manusia ke manusia lain juga adalah tinggi. Jika penyebarannya berlaku antara manusia ke manusia, ia memerlukan jumlah virus besar untuk disebarkan. Sebaran kuman daripada haiwan ke manusia juga boleh berlaku dan kajian masih dijalankan.
Simptom MERS : Simptom Sindrom Paru-paru Asia Barat
Simptom Middle East Respiratory Syndrome (MERS) atau simptom Sindrom Paru-paru Asia Barat ialah demam, batuk dan sesak nafas yang berlaku secara mengejut. Ia boleh berlaku dalam masa 14 hari selepas kuman itu disebarkan kepada pesakit.
Demam yang berlaku adalah sangat tinggi berbanding demam selesema biasa. Sesak nafas turut terjadi disebabkan kuman Coronavirus yang membiak di dalam rongga paru-paru manusia.
Rawatan MERS : Rawatan Sindrom Paru-paru Asia Barat
Tidak ada rawatan khas bagi mereka yang menghidapi penyakit MERS. Ini kerana masih tidak ada antivirus sesuai ditemui. Tiada suntikan imun untuk jangkitan Coronavirus.
Rawatan kepada pesakit lebih kepada rawatan sokongan dan mengelakkan daripada jangkitan lain yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk. Rawatan perlu dilakukan segera kerana virus ini membunuh hampir separuh penghidapnya.
Berwaspada pada virus MERS. Ketahui tanda-tanda serangan MERS.
Cara mencegah MERS : Cara mencegah Sindrom Paru-paru Asia Barat
Digalakkan selalu mencuci tangan dan memakai topeng muka jika boleh. Selain itu, jarakkan atau hindarkan diri anda daripada berjumpa orang tidak sihat di sana. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika bersin dan batuk untuk mengelakkan sebarang virus.
No comments:
Post a Comment