Tuesday, 13 May 2014

PANAS !!! TERENGGANU DAPAT MB BARU





Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu majlis bersama rakyat.


Media mula berkumpul di depan Istana Nur Nadhirah di Kuala Terengganu menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ahmad Razif dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.

Jangkaan pembubaran DUN itu dibuat selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk Ahmad yang juga Adun Kijal, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Susulan daripada itu, Barisan Nasional kini memegang 14 kerusi daripada 32 kerusi DUN, diikuti PAS (14), PKR (satu) dan Bebas (3). – Bernama

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..