Wednesday, 21 May 2014

PROPA PR !!! TARIF ELEKTRIK HANYA SPEKULASI MENJELANG PILIHANRAYA KECIL

Nampaknya portal pembangkang sentiasa membuat serangan berikutan semakin hampirnya #PRKTelukintan dan #PRKBukitGelugor tak lama lagi.






Kenaikan tarif sejak bulan Januari lepas sebenarnya tidak memberikan kesan kepada pengguna yang menggunakan sumber tenaga tersebut dibawah nilai TM 70 sebulan.

Yang terasa kenaikan ini ialah mereka yang menggunakana bekalan elektrik pada kadar tinggi dan sebenarnya kenaikan ini juga menggalakkan rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan kuasa elektrik.

Tapi kenapa  sekarang portal seperti Malaysiakini nak melalak mengatakan kadar tarif elektrik dinaikkan untuk mengelak kerugian segala bagai?

SL percaya bahawa ini semua adalah untuk mengalihkan isu keburukan pembangkang dan memberikan persepsi negatif kepada kerajaan.

Sehingga ke hari ini tak pernah dengar  rungutan tentang kadar tarif elektrik yang baru berkuat kuasa Januari yang lalu. Semuanya propa untuk #PRKTelukintan dan #PRKBukitGelugor.

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..