Tuesday, 2 September 2014

HOT !!! LEBIH 100 AHLI PAS SOKONG PENUBUHAN PASMA ???




Pada 31 Ogos 2104 yang lalu,  Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad, kata satu sumber dengan sasaran menghalang parti Islam itu meninggalkan PR dan bekerjasama dengan Umno.



"Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," Nik Aziz (1 Oktober 2010)

Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan. 

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..