KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan lengkap mengenai letupan bom di Bukit Bintang akan dilakukan meliputi segenap sudut termasuk kemungkinan perbuatan pengganas.
Ini kerana, tegasnya, terdapat pelbagai kemungkinan kejadian letupan bom tangan itu berlaku antaranya pergaduhan kongsi gelap, persaingan perniagaan atau perbuatan pelampau agama.
"Kita menyelidik semua sudut... Kita juga melihat dari sudut ekstremisme, kalau ada hubung kait dengan kumpulan seperti IS (Islamic State) yang memang tidak suka benda-benda begini," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Satu letupan bom mengegarkan kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4:20 pagi tadi yang dilapor menyebabkan 14 cedera dan seorang disahkan meninggal dunia. Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat serpihan letupan.
Menurut pelbagai laporan berita, sumber letupan di luar sebuah pub di Kompleks Sun itu adalah bahan letupan yang diletakkan di bawah sebuah kereta yang diparkir dan disyaki perbuatan gangster.
Manakala, Astro Awani melaporkan Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur Khairi Ahrasa telah mengesahkan kejadian itu.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang juga MP Santubong bagaimanapun menafikan kawasan itu merupakan "kawasan hitam" yang penuh aktiviti kongsi gelap.
"Tak ada 'black area' dalam Kuala Lumpur ini. Bagi saya ia 'vibrant area', tempat beriadah, serta berpoya-poya seperti yang ada di bandar besar lain," katanya.
Macam ada sesuatu yang cuba diselindung... mana dapat hand grenade tu? Takkan nak berfoya-foya kena bawak bom tangan?
No comments:
Post a Comment