KUANTAN, 22 Ogos - Satu perhimpunan secara aman
yang dianjurkan oleh Jawatankuasa GERAM Pahang telah diadakan bertempat di
Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK) berhadapan Masjid Negeri Pahang.
Tujuan perhimpunan tersebut diadakan adalah bagi menunjukkan rasa tidak puas
hati serta protes terhadap kerajaan Negeri Pahang di atas pencemaran yang telah
berlaku akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal. Jumlah peserta yang hadir pada perhimpunan
tersebut seramai 200 orang termasuk jawatan kuasa penganjur dan ahli yunit AMAL
PAS Pahang.
Perhimpunan
dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg. Bhg. Ustaz Nazri Mohamad, Ketua
Penerangan PAS Negeri Pahang. Seterusnya diikuti dengan ucapan oleh saudar Wong
Tak, Pengerusi Hijau dan Anti Lynas Pahang. Di dalam ucapan beliau, menyentuh
perihal kerajaan negeri yang tidak acuh dengan keadaan pencemaran yang berlaku
akibat aktiviti bauksit dan sehingga merbahayakan nyawa penduduk setempat.
Beliau turut mempersoalkan kredibiliti Menteri Besar Pahang yang masih tidak
tegas dalam menyelesaikan isu ini walaupun banyak laporan serta rungutan
diterima oleh rakyat serta pihak pembangkang.
Ucapan
seterusnya oleh YB ADUN Teruntum, saudara Sim Chan Siang. Beliau menaikkan
semangat peserta perhimpunan dengan memberikan kata-kata semangat agar rakyat
semua bangun dan berani dalam menyuarakan kebenaran terhadap kerajaan Barisan
Nasional. Beliau turut menyatakan hasrat untuk meneruskan perjuangan seperti
ini sehingga kerajaan negeri akur dan memberhentikan aktiviti perlombongan
Bauksit.
Akhir
sekali sebelum majlis bersurai, pihak penganjur telah mengadakan gimik
pelancaran dan penyerahan bendera GERAM daripada Ketua Kelab Motosikal ARC
Pahang kepada Pengerusi GERAM, saudara Ali Akhbar. Perhimpunan bersurai dengan
aman dan tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini walaupun sekali
sekala kedengaran suara-suara yang mengatakan tidak sokong dan bencikan
kerajaan Barisan Nasional.
P/S : SL pelik, kenapa bising sgt...x dpt share ke?
No comments:
Post a Comment