KUANTAN, 12 Oktober 2015 - Satu tinjauan ke lokasi telah diadakan di lebuhraya pintasan Kuantan-Pelabuhan yang menyaksikan ratusan lori muatan besar dan panjang memenuhi lebuhraya tersebut. Deretan lori pengangkut bauksit yang menghala ke pelabuhan Kuantan menyebabkan laluan awam ke tempat kerja di sekitar perindustrian Gebeng dan pelabuhan menjadi sesak dan tidak selamat.
Akibat daripada aktiviti mengejar 'trip' mengaangkut bahan berkenaan, banyak kemalangan berlaku mengakibatkan kenderaan kecil terutama pada waktu puncak. Keadaan jalan raya turut mengalami kerosakan dan berlubang jesteru mendatangkan bahaya kepada kenderaan kecil.
Cik Rosmawati Hamdan, Pegawai Pemasaran yang bertugas di kawasan perindustrian Gebeng telah menceritakan pengalaman dimana kereta beliau telah dihimpit oleh salah sebuah lori angkut bauksit, namun pemandu lori tidak mengendahkan keadaan tersebut.
Apa yang lebih menyedihkan SL, hasil tinjauan turut mendapati tiada penguatkuasaan peraturan dilakukan seperti pemeriksaan JPJ dan Polis Trafik bagi tujuan keselamatan terutamanya pada waktu puncak.
P/S : Bauksit sumber rezeki yang Allah SWT telah limpahkan kpd kita, tp tak semua yang menikmatinya, so kpd yg kaya sbb bauksit jgn sampai disumpah oleh mereka yg tak bersalah.
No comments:
Post a Comment