1. MUQADDIMAH
Lihatlah insiden MH370
dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang
disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan
dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag.
Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini
kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke
persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama
pihak-pihak yang berkepentingan.
Imam Tirmidzi
meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah
kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza
wa Jalla.” (HR Tirmidzi)
Kemudian baginda
membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang
memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)
i. TUJUKAN ARTIKEL INI
Artikel ini bertujuan untuk dikongsikan kepada semua pembaca dan sekadar berkongsi pandangan.
Saya tidak ada
keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan
sebagai "pendekatan ilmiah". Saya tidak perlu pada
justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada
kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan
samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang
pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa
kalian sedang disasarkan, itu saja.
Perkara pertama yang
menarik perhatian ialah sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah
kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini
dari detik-detik permulaannya.
Dengan erti kata lain, apa saja
yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.".
Inilah 'klu' pertama sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan
liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden
MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa
Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar
mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak
mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya
anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST
& SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal
meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali
sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang
hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka
dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi
diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda
sedang dilaksanakan.
Menurut Quest beliau
bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan
rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit
pesawat yang sama (MH370).
§
Fariq Ab Hamid, 27, had
recently switched to the Boeing 777-200
§
He landed it in a flight
captured on video last month by CNN
§
It was a
textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
(Gambar:
Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest,
17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)
Anehnya CNN yang
sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak
dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada
dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17
hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot
pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?
Richard Quest
sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau
mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan
pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi
sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat
penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai
pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR
AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370.
Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller
atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah
anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu
sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006
Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan
saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan
homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]
(Gambar: Richard Quest)
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November
12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split
with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on
air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian.
Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was
hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down
an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex,
rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time. He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter
Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/
Kedua-dua Yahudi
Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan
Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang
MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan"
ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'.
Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk
'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai
Ukraine lebih 1 jam.
"The Pentagon
has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that
researchers can study the body movements of foreign leaders, including
Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future
behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/
2. ANTARA MASALAH
YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda akan melihat
bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China
akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari
insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah
sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa
berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang
menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami
isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah
terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran
dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah.
Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk
supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China
dan rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada peringkat awal
ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap
Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan
dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai
secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan
menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran
sebenarnya iaitu China.
3. ISYARAT TERTINGGI
KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya
di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem
pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh
menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika
Syarikat."
Itulah hakikatnya.
Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus
24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua
rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik
ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam
anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan
peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided
Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan
ketika itu.
3. Senjata
berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar USA 7th fleet
di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup,
dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan
kordinat impak berlaku.
Satelit
Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di
udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru
berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam
anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.
"They will keep
you running in circles where in fact they have you encircled." - Al
Faedah
Namun tiada sebarang
statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse
sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus
meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa
yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.
Ini menimbulkan
pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat
terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara
membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah
suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat
suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau
tidak.
(Gambar: Kapten
Zaharie Shah)
Perhatikan dengan
baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap
ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai
untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan
mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula
memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac
2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua
semata-mata "kebetulan".
Bagaimanakah
sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa
situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah
meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai
dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif.
Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan
Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan
kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun
terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat
penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.
Perhatikan elemen
& komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat
kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika
Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka
bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine?
Apakah pecahan
terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah
mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu
merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah kita
perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting
ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini
sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi)
warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun
pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1
bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar
pasukan perisikan mereka?
Memang masih terlalu
awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal
diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan
sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda
akan hanya semakin keliru.
5. MALAYSIA SEDANG
DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang
paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya
Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah.
Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah
pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada
setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya
insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan
krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah
yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden
MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan
bantuan?"
Inilah mentaliti
ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini.
Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur
kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan
memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya membincangkan
dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang
timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut
dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat
besar dari isu ini.
Anda akan melihat
selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara
sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan
secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara
"penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang
tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun
memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security)
dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan
dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya
kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak
mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk
'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda
menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan
berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka
dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false
flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang
sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun
bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi,
kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan
lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi
keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara
berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah
dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu.
Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya
insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka
bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan
siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan
mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka
masuk.
Badan-badan
penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat
secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus
perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan
komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun
digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya anak-anak
generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur,
bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun
menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat
menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang
MH370.
Inilah generasi yang
telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak
faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas
negara kita atas kepentingan serakah mereka. Wallahualam...
|
No comments:
Post a Comment