Tanggal 8 Mac 2014 ( Sabtu ), rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sepatutnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal pagi tersebut.
Penerbangan pesawat jenis Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi ini.
Mengikut jadual, pesawat itu telah berlepas dari KLIA sekitar jam 12.40 pagi dan dijangka tiba di Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga kini, belum ada khabar yang benar-benar sahih tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.
Pihak MAS dan DCA sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu.
Kerajaan Malaysia juga dengan kerjasama beberapa negara jiran telah pun melancarkan misi mengesan dan menyelamat pesawat itu yang dikatakan hilang di ruang udara Vietnam.
Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan kru dan penumpang pesawat #MH370 ini. Tidak perlu dipolitikkan isu yang melibatkan nyawa insan yang masing-masingnya mempunyai keluarga yang disayangi.
Turut diingatkan kepada semua agar tidak melakukan sebarang spekulasi melalui laman sosial dan blog kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan terutama mengganggu emosi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tersebut.
Akhir kata, sama-sama kita doakan keselamatan mereka yang terlibat dalam tragedi kehilangan pesawat #MH370.
No comments:
Post a Comment