Foto yang memaparkan beberapa individu terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan darah yang tersebar secara meluas di media sosial sejak semalam dan mengaitkan ia dengan insiden serangan dan tembak-menembak adalah tidak benar.
Penyebaran gambar tersebut di laman media sosial turut mendapat respon daripada PDRM dan pihak PDRM menafikan insiden berkenaan. Sebaliknya menurut kenyataan dari Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.
Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut dari sumber yang tidak sah.
No comments:
Post a Comment