KUANTAN - Jabatan Penerangan Negeri Pahang (JaPen), akan menjadi penyelaras untuk mewujudkan laman web media sosial rasmi bagi setiap Komuniti 1Malaysia (KIM) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, terdapat 101 buah KIM di Negeri Pahang dengan 40 orang ahli jawatankuasa setiap K1M.
"Sebelum ini, kebanyakan perkongsian dan penyebaran maklumat melalui KIM telah dilakukan melalui pelbagai program yang dianjurkan.
"Tetapi dengan kewujudan platform yang baru, semua aktiviti boleh diadakan maklumat disampaikan dengan lebih cepat dan pantas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program untuk mengukuhkan pengurusan 'Komuniti 1Malaysia (KIM) di peringkat Negeri Pahang yang dihadiri oleh lebih daripada 400 orang ahli jawatankuasa KIM di seluruh negeri.
No comments:
Post a Comment