Tuesday, 8 April 2014

HIMPUNAN REFORMASI 2.0 PAHANG : TUKAR LOKASI LAGI ???







KUANTAN - Penganjur Himpunan Reformasi 2.0 'Kembalikan Keadilan, Hentikan Kezaliman' akhirnya akur dengan arahan pihak berkuasa yang tidak membenarkan penggunaan Padang Kemunting bagi acara tersebut. Difahamkan, lokasi baru yang dipilih ialah di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang iaitu tempat himpunan 'Blackout 505' pada tahun lepas.

Difahamkan, pihak polis IPD Kuantan enggan memberi permit sekiranya tiada kelulusan daripada pihak PBT iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). MPK dilaporkan sedang menaiktaraf padang Kemunting untuk kemudahan orang ramai pada masa akan datang. Maka sebab itulah lokasi program tersebut terpaksa diubah pada saat akhir ke Padang Mahkota Aman, Batu 11 Kuantan walaupun ianya mendapat tentangan ramai pihak.





Antara barisan penceramah yang dijangka hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Tian Chua, Chegubard, Fuziah Salleh, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Johari Abdul, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Tengku Zulfuri dan penceramah-penceramah tempatan yang lain.

1 comment:

  1. X abih2 org tua ni..yg pelik tu kenapa dia beria sgt nk jd PM? ada termkn budi dgn org luar ke?

    ReplyDelete

GetThis! ..