Sunday, 4 May 2014

GST : ANTARA REALITI DAN FANTASI











Berikut antara pemahaman golongan yang menyertai Himpunan Bantah GST tempoh hari mengenai GST ( lihat video di atas ). Nampak sangat peranan media massa semakin tidak berkesan berbanding ideologi dan dakyah melalui media baru.

Keyakinan mereka begitu tinggi dalam menyatakan maksud dan kesan GST terhadap rakyat. Walhal sebelum perlaksanaan GST kita semua dah dikenakan cukai berbanding GST di mana kita mempunyai pilihan untuk tidak dikenakan cukai. 


Mereka bersesak-sesak berhimpun untuk menentang GST tapi dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin Pakatan cerita lain pasal GST..




Anwar dan Khalid menyatakan sokongan terhadap GST...namun kononnya faktor masa yang masih belum sesuai untuk dilaksanakan. Masalahnya bro Khalid..Bang Non jugak yang bentang GST pada tahun 1993 dulu...dah lama tu bro..sampai bila nak tangguh? Orang tengah dah makin menjadi-jadi tetapkan harga barang..

SL syorkan kita fahami betul-betul mengenai GST sebelum menerima bulat-bulat sesuatu propaganda dan penentangan yang mana ianya akan menyebabkan kisah Karl Marx dan Stalin berulang kembali.

Tapi kebelakangan ini, SL sedih sebab ramai orang melayu yang telah menjadi kambing hitam dalam tak sedar, renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..