TEMERLOH - Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh mendakwa kain rentang yang tersebar di beberapa daerah di negeri ini yang mahukan Dato Shakar menjadi MB Pahang adalah satu fitnah yang dilakukan oleh pihak tertentu bertujuan melagakan pimpinan UMNO Temerloh dengan UMNO Negeri.
UMNO Temerloh akur dengan pucuk pimpinan parti dalam apa jua keputusan dan ketua bahagian ( Dato Mohd Shakar ) tidak pernah menyebut isu ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Nor Azmi Mat Ludin telah membuat laporan Polis termasuk Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar Temerloh dan JKKK Bahagian Temerloh berkenaan isu ini.
Nor Azmi berkata, Jawatankuasa UMNO Temerloh tidak pernah menyentuh isu pemilihan Menteri Besar dalam apa jua perbincangan atau mesyuarat di mana-mana cawangan sebelum ini. Sehubungan itu, Nor Azmi berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci berkaitan isu tersebut dan mencari pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
No comments:
Post a Comment