Kejadian ini berlaku apabila dua orang pemuda Melayu telah mengacah dan menghalau rombongan kempen DAP yang turut melibatkan Lim Kit Siang dan Dyana Sofya. Lim Kit Siang yang pada kebiasaannya mengelak daripada memasuki mana-mana kampung Melayu selepas kegagalan menghalau Melayu keluar dari Kampung Bharu Kuala Lumpur pada tahun 1969 dahulu, berasakan Dyana Sofya boleh dijadikan sebagai lapik kakinya untuk masuk dan mentarbiyah orang Melayu di Teluk Intan agar kembali mengundinya dan partinya. Ia bertujuan agar orang Melayu dapat mempertimbangkan calon melayu DAP serta melupakan apa yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku pada jam antara 6:00 petang sehingga 6:15 petang di kawasan perumahan awam Jalan Padang Tembak. Calon DAP, Dyana Sofya dan rombongannya telah dihalang daripada berkempen di kawasan perumahan tersebut. Turut hadir semasa berkempen itu adalah, Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari, Raja Kamarul Bahrin Raja Ariffin dan Hamidun bin Ahmad.
Daripada kem DAP menyatakan, insiden tersebut bermula daripada provokasi Pemuda UMNO Cawangan RPA Padang TEmbak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran calon DAP ke kawasan kubu BN. Kejadian menghalang berlaku di persimpangan masuk kawasan perumahan RPA yang berdekatan dengan bilik gerakan PDM berjarak lebih kurang 30 meter.
Tindakan pihak berkuasa di tempat kejadian telah berjaya menghalang kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.
Manakala beberapa orang saksi pula memberitahu, insiden tersebut tercetus apabila salah seorang dari jentera kempen DAP (dari luar) telah menolak kepala salah seorang penyokong BN (nama tidak diperolehi) di kawasan PDM tersebut. Tindakan tersebut telah mencetuskan provokasi, di mana salah seorang daripada rakannya yang dikenali dengan nama panggilan Joe, marah sehingga berlaku tolak menolak.
Kawasan Perumahan Awam Padang Tembak dikawal oleh kumpulan DIN MAJID bagi menghalang sebarang elemen besar-besaran PR masuk ke kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment