Thursday, 12 June 2014

HOT !!! SOTO AYAM RUPANYA BABI



The UnreportedNews melaporkan:


1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG **** ********* yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).


2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).


4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"

5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.

6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan. (sumber)


PS1: Pihak pengurusan The Spring membuat penafian mengenai perkara ini dan menegaskan bahan makanan yang digunakan adalah halal.

PS2: Tindakan susulan menjurus kepada posting ini; Menteri Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengesahkan SEMUA permis makanan di The Spring TIDAK memnpunyai sijil halal.


Seringkali keterbukaan rakyat Sarawak, disalahgunakan oleh golongan berkenaan yang mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan. Kalau di Semenanjung, mereka sudah pasti akan menerima kecaman, tetapi di Sarawak, disebabkan atas nama KETERBUKAAN kononnya, mereka terus berlagak, angkuh dan langsung tidak menghormati perasaan serta sentimen umat Islam. 

Inilah keterbukaan yang mereka tuntut menerusi wakil-wakil politik mereka. Mereka mahu umat Islam sama seperti mereka, makan babi dan menerima apa-apa sahaja yang mereka lakukan walaupun mahu terus dikenali sebagai penganut agama Islam. 

Umat Islam seharusnya lebih berhati-hati dan mengusul periksa sebelum mengikut selera!!! -The Flying Kick

No comments:

Post a Comment

GetThis! ..