PANAS !!! Kali ni episod DAP membawa Dyana berkelana ke Kota Bharu ... tapi malangnya hujan takde ribut pun takde, crowd yang datang seperti tak dijangka.
Ini kisah benar di Kota Bharu pada Rabu malam (11.6.2014). Bintang berwajah pelakon didikan DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dibawa untuk berceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kubu kuat PAS di Kota Bharu.
Stadium ini merupakan tempat biasa untuk PAS kumpul sekurang-kurangnya 5000 orang penyokongnya untuk dengar ceramah. Ia kawasan yang ada steady crowd. Namun cubaan DAP bawa Dyana ke situ nampaknya gagal. Tak ada sambutan. Sepi dan lenggang saja ceramah tersebut. Orang kata petugas lagi ramai dari penceramah.
Ada yang kata berlaku penolakan secara senyap... yang menjadi faktor kenapa penyokong tegar PAS tak keluar dengar ceramah semalam.
Mungkin ramai ahli PAS sudah sedar taktik DAP yang mula mengetengahkan Melayu muda sebagai usaha untuk tarik sokongan kerana parti itu tidak mahu bergantung sokongan Melayu melalui PAS dan PKR saja. DAP yang tidak puas hati dengan kekalahan Dyana di Teluk Intan kerana gagal tawan hati orang Melayu. Kini cuba bawa setiausaha politik Lim Kit Siang itu ke kawasan macam Kota Bharu. Jangan terkejut Dyana dan beberapa kerat lagi Melayu dalam DAP lepas ini akan menjelajah ke kawasan-kawasan Melayu untuk berceramah.
Ia macam program suai kenal, sambil-sambil rekrut ahli baru terutamanya dikalangan orang muda Melayu. Dengar cerita hajat DAP ini bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Khabarnya mereka ada program khas untuk tarik sokongan Melayu muda terhadap parti itu.
Seorang wartawan yang cover PRK Teluk Intan cerita, beliau kebetulan lunch dengan seorang pemimpin kanan DAP di sebuah restoran di sana ketika kempen. Wartawan muda ini tanya mengapa letak Dyana di Teluk Intan... kata pemimpin DAP itu, parti Cina itu mahu keluar dari stigma bahawa mereka parti kaum Cina sahaja.
Mereka mahu tarik sokongan orang Melayu juga, sambil ajak wartawan tersebut join DAP. Kata pemimpin DAP itu, parti tersebut ada program khas untuk tarik sokongan Melayu dengan menjadikan ahli-ahli muda Melayu DAP sebagai idola.
"Kita akan make sure imej you sempurna... jika perlu kita sikat rambut you belah tengah (untuk nampak menarik), kita akan buat begitu..."ujarnya.
Namun orang Melayu bukanlah mudah sangat tertarik dengan ahli politik berwajah cantik. Wajah main peranan, tapi bukan satu-satunya peranan untuk tarik sokongan.
Kenyataan Dyana bahawa beliau akan ikut line parti dalam undian Hudud di Parlimen sebelum PRK Teluk Intan telah melukakan hati orang PAS. Melaksanakan undang-undang Hudud merupakan perkara yang ada dalam perlembagaan parti itu ketika ditubuhkan pada tahun 1955.
Manakala bagi rata-rata orang Melayu, Dyana ini 'tool' bangsa lain. Mungkin sebab itu tidak hairan ceramah Dyana di Kota Bharu tiada sambutan. Kesiannnn dia...
No comments:
Post a Comment