Tragedi Kapal terbang MAS Hilang MH370 ini cukup unik, apabila hilang (terhempas) tanpa sebarang petunjuk & diketahui punca kehilangannya.
Sehingga kini, masih tiada lagi perkembangan & berita terkini Kapal Terbang
MAS Malaysia Airlines MH370 Hilang Terhempas. Dan dalam pada masa yang sama,
beberapa pakar penerbangan telah tampil ke hadapan memberikan pendapat &
juga analisa mereka berdasarkan pengalaman mereka selama ini. Antaranya ialah :-
1) David Learmount (Pendapat Pakar
Penerbangan)
§
David Learmount merasa pelik apabila
juruterbang MAS (Malaysia Airlines MH370) gagal membuat panggilan kerana mereka
mempunyai banyak masa untuk itu, kecuali terdapat bom di dalam kapal
terbang Malaysia Airlines MAS MH370 tetapi bukti itu tiada
§
David Learmount turut memberikan persamaan
kejadian yang berlaku kepada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France
AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah
mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
§
Kapal terbang itu terhempas apabila
juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang
digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat
§
Kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370
adalah moden dibina dengan cantik dan sangat selamat. Jika enjin gagal
berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal terbang Malaysia
Airlines itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama
kira-kira 40 minit pada ketinggian itu.
§
Walaubagaimanapun, keadaan prestasi
juruterbang Malaysia Airlines MAS MH370 pada ketika itu juga mungkin
menjadi punca kapal terbang MAS hilang terhempas. Di antara tengah malam
dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda
yang terbaik, anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24
jam.”
§
David Learmount juga tidak menolak
kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS
MH370 itu dalam masa terdekat. David Learmount berkata demikian
apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009
namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.
2) Richard Quest (Pendapat Pakar Bidang
Penerbangan CNN)
§
Penerbangan tersebut seharusnya selamat dan
tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu
telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.
§
Dalam titik tertentu penerbangan, ini
merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada
apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian
yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan
perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka,
pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Richard Quest
berpendapat sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan
tersebut ketika fasa itu berlaku.”
§
Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS
MH370 itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing
777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator (MAS) yang sangat
berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat
bagus.
§
Juruterbang boleh melaporkan sebarang
kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
§
Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai
Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan
penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan
penerbangan itu dengan selamat.
§
Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh
kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh
digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan
§
Tidak menolak kemungkinan punca kemalangan
Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 yang mungkin berlaku itu
disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
§
Jika anda mempunyai masalah tekanan udara
altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang
boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan
30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika.
3) Mary Schiavo (Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat)
Terbaru, senario buruk mungkin berlaku berikutan terbongkarnya
penemuan dua penumpang misteri yang menaiki Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS
MH370 dengan menggunakan passport palsu.
§
Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi
yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia
Airlines MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak
menaiki pesawat itu.
§
Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan
pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut. Luigi Maraldi bagaimanapun
masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
§
Akhbar harian London, Mirror melaporkan
bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut
menggunakan pasport yang dicuri.
§
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa
Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “
§
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard
bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
§
Justeru, identiti dua penumpang ini
menjadi tanda tanya yang cukup besar dan dikhuatiri menjadi punca Kapal
Terbang Malaysia Airlines MAS MH370 hilang tanpa sebarang panggilan
kecemasan!
No comments:
Post a Comment